ingin mendapatkan informasi buku sulalatus salatin | Soalan saudara kurang jelas. Adakah saudara ingin mendapatkan maklumat tentang sinopsis, siapa pengarangnya, penerbit atau sebagainya. Mohon diperjelas soalan saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 24.03.2010 |
Perkataan yang sinonim dengan Informasi dan Teknologi. | Perkataan yang sinonim dengan informasi ialah keterangan/maklumat dan teknologi pula aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan pelbagai bidang lagi. Terima kasih. | Istilah | 21.08.2006 |
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal. | Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan. | Tatabahasa | 23.12.2008 |
Lawatan & Pembentangan Informasi oleh British Universities Malaysia (BUM) Salam sejahtera dari AusEd – UniEd (AU) International! Kami mewakili sekumpulan Universiti British yang percaya bahawa pelajar wajar membuat keputusan yang bernas mengenai pemilihan masa depan pelajaran mereka. Kumpulan Universiti terbabit menawarkan pelbagai kursus dari pengajian klasik hingga ke kursus yang berkaitan dengan industri. Universiti yang di maksudkan adalah: - Middlesex University - Newcastle University - University of Portsmouth - The University of Sheffield - University of Wolverhampton Sebagai penyelaras usaha mereka, saya amat berbesar hati sekiranya diberi peluang mengadakan pembentangan informasi dan pameran pendidikan di kolej Tuan/Puan. Cadangan tarikh dan waktu seperti berikut: Tarikh : XXXX Waktu : XXXX Saya berharap pihak Tuan/ Puan dapat memberikan maklum balas yang positif mengenai perkara ini. Terima kasih. | Terima kasih soalan yang dikemukakan. Saya mencadangkan Tuan/Puan menulis surat terus kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur bagi mengemukakan cadangan berkenaan. Sebaiknya surat berkenaan dapat diperincikan tentang pembentangan, tarikh/waktu dan lain-lain. | Lain-lain | 19.11.2008 |
boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan????? | Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang" dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita. | Lain-lain | 15.01.2008 |
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'. | Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256. | Tatabahasa | 21.03.2008 |
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargai | Sila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995 | Lain-lain | 31.07.2007 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan samada nama buletin jabatan yang hendak digunakan adalah betul dari segi bahasanya iaitu `INFORMASI KESELAMATAN UBAT ' (INKUB ) Nama buletin ini dalam bahasa Inggeris ialah `DRUG SAFETY UPDATES). Jika nama di atas tidak betul mohon dicadangkan nama yang paling sesuai. | Nama yang dicadangkan betul dari segi bahasa dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.07.2011 |
Saya pelajar Universiti Utara Malaysia. Saya telah mengikuti VIVA untuk Ph.D, tetapi harus memperbaiki desertasi/thesis saya karena buruknya penguasaan Bahasa Malaysia. Saya mohon informasi bagaimana mendapatkan software untuk translate (?) dan kamus Bahasa Malaysia-Indonesia atau Malaysia-Inggris untuk memperbaiki desertasi/thesis saya. Atas perhatian dan bantuan Bapak, saya haturkan banyak terima kasih. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan. Saudara digalakkan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk tujuan tersebut. Saudara juga boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan bantuan. | Lain-lain | 26.12.2009 |
Sekiranya kita mahu memasukkan alamat halaman sesawang (website) pada text, bagaimanakah penulisannya. Perlukah diitalikkan alamat website itu? Contoh ayat: Dia banyak merujuk www.dbp.gov.my bagi mendapatkan informasi yang tepat. | Tidak perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 10.10.2011 |