Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi informed decisions'? Contoh ayat, One of the primary objectives of the Malaysia Agriculture Census 2024 is to gather data that will enable policymakers to make informed decisions that will benefit the agriculture industry. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah informed decision ialah keputusan termaklum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.06.2023 |
Terjemahan Bahasa Melayu "informed decisions" | Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi “informed decisions ialah keputusan termaklum. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2023 |
Maksud perkataan keputusan termaklum | Berdasarkan carian kami melalui internet, perkataan keputusan termaklum atau dalam bahasa Inggeris, “informed decisions” bermaksud keputusan berdasarkan fakta atau maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan konteks ayat. | Makna | 06.06.2023 |
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih. | Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Istilah | 04.11.2020 |
Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative – After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima Kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.06.2017 |