penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih- | Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." | Ejaan | 21.01.2011 |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK | 1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya. 2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan". | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasih | Perkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. | Makna | 04.10.2012 |
Saya ingat bertanya mengenai tatabahasa. Boleh ke imbuhan di-an digunakan pada akhir ayat? cth: 1. aplikasi itu sedang dijalankan. 2. Benarkan item untuk dimuatkan. | Ayat yang betul ialah i. Aplikasi itu sedang dijalankan ii. Item untuk dimuatkan. | Lain-lain | 02.05.2018 |
Hal ini demikian kerana apabila seseorang guru...Soalan 1 : Bolehkah kata 'kerana + apabila' dalam sesuatu ayat? Soalan 2 : 'kerana' dalam ayat tersebut kata keterangan atau kata hubung? | Kerana dan apabila ialah kata hubung keterangan dan kita harus ingat kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan sudah pastilah penggunaannya pun tidak sama. Oleh itu, kata keterangan kerana dan apabila boleh hadir dalam satu ayat. Contoh ayat: "Tentulahlah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza" dan "Dia tetap berdolak-dalik apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, 1. maaf. kenapa saya tak terima email jawapan atas soalan saya yang bertarikh 30/4/2018 yer? Tapi saya dah terima jawapan di laman dbp ini. Ada masalah dalam alamat email saya ke? Terima kasih 2. maaf tapi disebabkan ingat dbp takdapat soalan 30/4/2018 jadi saya buat soalan smlm. tak perlu lagi la jawap soalan semalam. cuma satu soalan di bawah ni tolong jawap yer. 3. Saya minat dalam memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. 4. Lanjutan daripada soalan bertarikh 30/4/2018. Soalan no 2. Saya tidak tanya maksud disebalik istilah tsbt. Namun mempersoalkan legitimasi penggunaan istilah tsbt walaupun tiada dalam kamus. Mengapa perkara berikut boleh berlaku? Mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah yang tidak wujud dn diiktiraf di dalam kamus dbp spt "inkuiri kurikulum"? 5. Spt istilah inkuiri kurikulum. Mengapa syot layar belum dikamuskan tetapi dibenarkan penggunaanya? Saya harap pihak dbp segera mengkamuskan istilah inkuiri serta syot layar. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan carian khalayak ramai. | Untuk makluman tuan, perkataan legitimasi terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=legitimasi untuk carian perkataan tersebut. Perkataan inkuiri kurikulum dan syot layar telah terakam dalam daftar kata istilah yang boleh dilayari pada capaian http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=inkuiri+kurikulum&d=69812&#LIHATSINI . Tuan boleh melayari prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan yang hendak digunakan. Oleh itu, tuan akan memperkayakan kosa kata kerana segala maklumat seperti tesaurus dan kosa kata boleh didapati. | Tatabahasa | 22.05.2018 |
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal | Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |