Ingin tahu istilah Bahasa Melayu bagi "win win situation" | Padanan bahasa Melayu bagi istilah "win-win situation" ialah situasi sama menang. | Istilah | 13.06.2020 |
Ingin mendapat nasihat atas jenis perniagaan yang paling sesuai untuk dipaparkan atas iklan kilang memproses makanan. Kilang ini akan memproses bebola ubi kayu untuk air teh (bubble tea). Permohonan pengesahan iklan telah ditolak sebelum ini oleh pihak DBP. | Cadangan kami: KILANG MEMPROSES MAKANAN | Lain-lain | 25.02.2020 |
ingin bertanya: mana satukah adalah betul? Prapersediaan atau pra persediaan. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Prapersediaan | Ejaan | 06.12.2019 |
ingin menyemak bahasa untuk pengiklanan | Permohonan penyemakan dan pengesahan iklan perlu melalui laman web kami dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 24.09.2019 |
Ingin penjelasan perkataan "merubah". Pertubuhan kami menetapkan misi sebagai "Tarbiah Melahirkan Pemimpin dan Dakwah Merubah Masyarakat". Apakan perkataan "mengubah" lebih tepat berbanding "merubah"? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan merubah sama maksud dengan mengubah. Walau bagaimanapun, bentuk binaan kata yang lebih tepat ialah mengubah, meN- + ubah maka terbentuklah mengubah dan kata mengubah juga lebih banyak digunakan dalam teks bahasa Melayu. Tidak ada awalan mer- dalam bahasa Melayu, namun kata merubah diterima pakai kerana telah banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 23.09.2019 |
Ingin bertanya tentang peletakan tanda baca. Mana yang betul? Ali@ Ahmad ATAU Ali @ Ahmad Sekian. | Salam sejahtera, Penggunaan yang betul: Ali atau Ahmad. Simbol perlu dieja penuh jika dalam ayat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2019 |
Ingin membuat semakan bahasa untuk papan iklan. Sila sahkan pada fail yang dilampirkan. | Sila buat permohonan melalui www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 25.03.2019 |
Ingin perkataan tepat alih bahasa ke Bahasa Malaysia bagi jabatan Procurement, Facility and Administration sila bantu. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Procurement, Facility and Administration ialah Jabatan Perolehan, Kemudahan dan Pentadbiran. | Makna | 15.02.2019 |
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. | Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN | Lain-lain | 11.02.2019 |
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih. | Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. | Lain-lain | 09.10.2018 |