Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Pagi-pagi naik ke darat,
     Kerana hendak membasuh kain;
Buruk besi kerana karat,
     Hina manusia kerana miskin.


Lihat selanjutnya...(166)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memperkenalkan atau memperkenal? Ini adalah kerana bukankah mem, per dan kan menunujukkan 3 imbuhan. Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puanTerdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan tersebut dapat membentuk kata terbitan apabila diimbuhkan kepada kata dasar iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. 
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan bersifat kata kerja transitif. Beberapa contoh: memperkenalkan, mempertahankan, mempersatukan dan memperdengarkan. Terdapat dua pengertian khusus yang timbul memlalui penggunaan apitan memper-...-kan. Pertama, membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contoh: a) memperisterikan - menjadikan atau menyebabkan beristeri; b) mempertemukan - menjadikan atau menyebabkan bertemu. Kedua, membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Contoh: a) memperdengarkan - menyebabkan orang mendengar; b) memperlihatkan - menyebabkan orang melihat.

Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. 
Tatabahasa08.08.2018
Selamat sejahtera, adakah karyawanita merupakan kata imbuhan pinjaman? Hal ini adalah kerana di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada dinyatakan 'karyawanita' (rujuk halaman 308) tetapi saya tidak menemui cariannya di PRPM. Malah, ejaan 'karyawanita' dieja secara terpisah. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Setelah merujuk halaman 308 di dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kami tidak menemui perkataan karyawanita.
Perkataan karyawanita terhasil apabila karyawan menerima akhiran nita dan dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 308.
Tatabahasa10.07.2013
Bolehkah 'Kondisioner makanan' digunakan dalam Bahasa Malaysia untuk 'food conditioner'? Ini adalah kerana 'kondisioner' tidak tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Sekian terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "food conditioner" ialah bahan penyesuai makanan.Istilah12.01.2017
Salam...Boleh tak sekiranya saya mendapatkan senarai perkataan yang mesti dirapatkan semasa menulisnya.Ini adalah kerana saya sering keliru dan was - was semasa mengajar penulisan kepada murid - murid saya..Terima kasih..

Bentuk kata majmuk yang penggunaannya telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja bercantum ialah:  

antarabangsa               setiausaha                 beritahu                     sukarela            bumiputera                   uruhanjaya                jawatankuasa             tandatangan            kakitangan                    tanggungjawab         kerjasama                   warganegara            olahraga                        pesuruhjaya              matahari 

Terdapat juga perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang bukan kata majmuk secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:i)  Kata nama: peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan ii)  Kata adjektif : sukacita, dukacita iii)  Kata sendi nama: kepada, daripada iv)  Kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal. v)  Kata tanya: bagaimana, kenapa.              

Tatabahasa12.05.2011
Salam, mengapakah imbuhan pinjaman akhiran bagi 'biduanita' dan 'karyawanita' ialah '-nita' dan bukannya '-ita'? Hal ini adalah kerana jika dipecahkan ejaannya, huruf 'n' sudah sememangnya ada pada kata dasar sebelum ditambahkan imbuhan. Terima kasih.Merujuk buku Tatabahasa Dewan, nita merupakan akhiran pinjaman daripada bahasa Sanskrit bukannya ita.
Perkataan biduanita dan karyawanita menerima akhiran nita. Perkataan biduanita terhasil apabila biduan(kata dasar) + nita (akhiran) menghasilkan biduanita bukannya biduannita iaitu huruf n digugurkan. Akhiran nita tetap digunakan bukannya ita.
Tatabahasa10.07.2013
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan data dan statistik bagi pembacaan novel khususnya Novel Remaja pada masa kini? Ini adalah kerana saya sedang membuat kajian mengenai bacaan Novel Remaja dikalangan masyarakat Malaysia. Moga pihak tuan dapat membantu dalam penyelidikan saya. Terima kasih.Tiada kajian khusus berkaitan pembacaan novel, namun puan boleh menulis surat rasmi kepada Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Aras 21, Menra DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-2147 9293/e-mel hanafi@dbp.gov.my.Penyelidikan31.10.2014
Salam, saya ingin tahu..sebenarnya, perkataan 'kemudian' berperanan sebagai kata hubung ataupun sebagai penanda wacana?Hal ini adalah kerana perkataan 'kemudian' tersenarai dalam kata hubung gabungan dalam tatabahasa dewan sedangkan setelah sekian lama penulis (kebanyakannya guru sekolah) mengelaskan perkataan tersebut dalam penanda wacana. Sekian, terima kasih.Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. "Kemudian" antara contoh kata hubung gabungan.

Penanda wacana digunakan untuk meweujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran.

'Kemudian' antara contoh penanda wacana penghubung jenis tempoh iaitu penanda penghubung yang menunjukkan murutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Tatabahasa16.01.2013
bolehkah perkataan 'ia' digunakan untuk merujuk selain daripada manisia? Hal ini adalah kerana 'ia' adalah kependekan daripada perkataan dia. Mana satukah yang betul... satu kilogram setengah atau satu setengah kilogram?Ia ialah kependekan kata ganti nama dia dan ia juga boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Frasa yang betul ialah satu setengah kilogram, iaitu nombor bacaan (satu setengah) diikuti dengan unit kiraan(kilogram).Tatabahasa12.07.2011
Slmt pg, saya cuma nak tahu di manakah saya boleh dapat buku teks yang terbaru bagi Tahun 1 2011? Ini adalah kerana sekolah kami ingin membuat persediaan bagi tahun depan dalam cuti persekolahan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Buku Teks Tahun 1 Kegunaan Mulai Tahun 2011 sedang diedarkan ke sekolah-sekolah.

Lain-lain22.10.2010
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Pertanyaan di atas bertarikh 23 Feb 2017, belum saya terima Pengesaan Penerimaan Soalan daripada pihak tuan dalam emel saya. Terima kasih.Kata 'di mana' hanya digunakan sebagai kata tanya. Terjemahan perkataan where dalam bahasa Melayu berdasarkan konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas