Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ni.sial] | اينيسيال

Definisi : deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yg digunakan oleh individu bagi mewakili nama penuh masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inisial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis inisial untuk Doktor Ahmad Syamil bin Abu?

Parap yang dicadangkan ialah ASA.


Tatabahasa10.05.2025
Berkenaan dengan singkatan dan gelaran seperti Mej, Lt Kol, YBhg, Dr, Ts, Ir, Sr dan sebagainya. Saya berpendapat bahawa semua ini tidak perlu titik kerana kita menggunakan tatacara/peraturan penulisan mengikut UK dan bukannya U.S. Bagaimana pendapat DBP?Singkatan dan akronim merupakan kependekan perkataan, frasa, kata nama am dan kata nama khas, baik yang berbentuk teknikal mahupun bukan teknikal. Kedua-dua bentuk penulisan ini dan juga inisial bertujuan untuk memudahkan sebutan dan meringkaskan penulisan. Antara singkatan gelar, jawatan, sapaan tidak menggunakan tanda noktah. Bagi teks jawi, singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf yang tidak membentuk kata ditulis mengikut bunyi huruf rumi. Contoh, YAB (Yang Amat Berhormat) KSU (Ketua Setiausaha) dan AMN (Ahli Mangku Negara). Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk buku Gaya Dewan halaman 95 untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain04.01.2023

Kembali ke atas