Assalamualaikum wbt tuan/puan, Di sini, saya inginkan bantuan tuan/puan berkenaan terjemahan yang saya lakukan untuk beberapa istilah bidang, iaitu dalam bidang perpaipan (industri gas dan minyak). Ayatnya adalah seperti yang berikut: Teks sumber (TS) 1. Confirm the following valves are in place: - 1" globe valve upstream XV-30468 is open (U-6A) - 1" globe valve downstream FI-31277 is closed (U-6B) Teks terjemahan (TT) 1. Pastikan injap-injap berkenaan berada di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) | Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Pastikan injap berikut berfungsi di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A) - injap glob 1" di hiliran FI-31277 ditutup (U-6B) Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2017 |
VALUE | INJAP | Istilah | 14.01.2011 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan cadangan terjemahan yang sesuai bagi istilah 'roughing valve' (sejenis injap). Sekian, terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk roughing valve. Walau bagaimanapun, istilah roughing mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti kasar manakala valve pula bermaksud injap. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk roughing valve yang paling sesuai ialah injap kasar. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2015 |
Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2015 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves - Injap Tengah Manual Kawal Arah Hidraulik 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various - Injap Biasa Tertutup Manual Kawal Arah Hidraulik | Istilah | 07.03.2016 |