inkubator | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna inkubator ialah alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal. | Makna | 22.04.2009 |
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa. | Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. | Tatabahasa | 23.06.2025 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Tentang penggunaan perkataan "atau" di dalam ayat penyata. Sebagai contoh, mesin inkubator pintar itu sangat sesuai untuk telur ayam atau telur itik. Adakah betul penggunaan atau di dalam ayat tersebut? Atau perlukah tanda nokhtah (.) digantikan dengan tanda soal (?). Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Ayat yang digunakan betul kerana perkataan "atau" dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll). | Tatabahasa | 30.10.2020 |