Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Sejahtera, 1. maaf. kenapa saya tak terima email jawapan atas soalan saya yang bertarikh 30/4/2018 yer? Tapi saya dah terima jawapan di laman dbp ini. Ada masalah dalam alamat email saya ke? Terima kasih 2. maaf tapi disebabkan ingat dbp takdapat soalan 30/4/2018 jadi saya buat soalan smlm. tak perlu lagi la jawap soalan semalam. cuma satu soalan di bawah ni tolong jawap yer. 3. Saya minat dalam memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. 4. Lanjutan daripada soalan bertarikh 30/4/2018. Soalan no 2. Saya tidak tanya maksud disebalik istilah tsbt. Namun mempersoalkan legitimasi penggunaan istilah tsbt walaupun tiada dalam kamus. Mengapa perkara berikut boleh berlaku? Mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah yang tidak wujud dn diiktiraf di dalam kamus dbp spt "inkuiri kurikulum"? 5. Spt istilah inkuiri kurikulum. Mengapa syot layar belum dikamuskan tetapi dibenarkan penggunaanya? Saya harap pihak dbp segera mengkamuskan istilah inkuiri serta syot layar. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan carian khalayak ramai. | Untuk makluman tuan, perkataan legitimasi terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=legitimasi untuk carian perkataan tersebut. Perkataan inkuiri kurikulum dan syot layar telah terakam dalam daftar kata istilah yang boleh dilayari pada capaian inkuiri+kurikulum&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=inkuiri+kurikulum&d=69812&#LIHATSINI . Tuan boleh melayari prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan yang hendak digunakan. Oleh itu, tuan akan memperkayakan kosa kata kerana segala maklumat seperti tesaurus dan kosa kata boleh didapati. | Tatabahasa | 22.05.2018 |
INQUIRY makna dan dalam pelbagai bentuk istilah ilmu. contohnya dari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam menggunakan dan menyerapkan maknanya... ke INKUIRI.. adakah betul penggunaan ini? | Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "inquiry", iaitu pertanyaan, penyiasatan, tanya siasat dan inkuiri. Perkataan "inkuiri" terdapat dalam istilah bidang Pendidikan, contohnya: curriculum inquiry - inkuiri kurikulum. | Istilah | 18.04.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. | 1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d | Istilah | 22.05.2018 |
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan. | Waalaikumsalam, 1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. 2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza. | Istilah | 30.04.2018 |