ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
kELESTARIAN INOVASI - Produk (inovasi) yang dihasilkan mampu memberi impak secara berterusan. Perkataan impak berterusan boleh tidak membawa maksud sesuai untuk kelestarian yang digunakan. | Untuk makluman, kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian. Contoh: Kelestarian hutan kita mesti diutamakan. Ini bermakna, frasa impak berterusan tidak sesuai jika digunakan bagi merujuk kepada perkataan kelestarian. | Makna | 28.02.2017 |
Mohon semakan dari segi penggunaan bahasa bagi tema Hari Inovasi iaitu "Budayakan Inovasi Menjulang Transformasi" atau cadangan lain dari pihak DBP. terima kasih | Tema bagi Hari Inovasi tersebut, dicadangkan "Budayakan Inovasi Merealisasikan Transformasi". | Lain-lain | 08.07.2015 |
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat seperti ini: "..hidup dan bernafaskan inovasi" adakah penggunaan ayat tersebut betul "bernafaskan inovasi"? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yang baru. Daripada takrifan tersebut, penggunaan frasa "...hidup dan bernafaskan inovasi" tidak tepat. Cadangan kami ialah "kehidupan berteraskan inovasi", "inovasi dalam kehidupan". | Tatabahasa | 19.06.2015 |
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada. | Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema 'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Apakah terjemahan bagi Inclusive Innovation Programme? Adakah Program Keterangkuman Inovasi atau Program Inovasi Terangkum? | Terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme ialah Program Inovasi Terangkum. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
Apakah terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme? Adakah Program Keterangkuman Inovasi atau Program Inovasi Terangkum? | Terjemahan yang betul bagi Inclusive Innovation Programme ialah Program Inovasi Terangkum. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
APAKAH MAKNA INOVASI? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Makna | 06.08.2010 |
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan Berdasarkan maklum balas yang diberikan pihak tuan/puan pada 12/06/2020, Dalam bidang Geografi, padanan bagi “innovation diffusion theory” ialah “teori bauran inovasi'. Pertanyaan saya, kalau dalam bidang inovasi, apakah maksud yang sesuai bagi 'Innovation Diffusion Theory'? Terima kasih atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Salam hormat. | Pihak kami mencadangkan frasa "Teori Penyebaran Inovasi", "Teori Resapan Inovasi" atau "Teori Penyerakan Inovasi" sebagai padanan bagi "Innovation Diffusion Theory”. | Istilah | 12.06.2020 |
MAKSUD INOVASI | (i) SESUATU YANG BARU DIPERKENALKAN SEPERTI KAEDAH, SISTEM, ADAT DLL YANG BARU. (ii) PERIHAL (TINDAKAN DSB) MENGADAKAN, MEMULAKAN, DSB SESUATU YANG BARU. | Lain-lain | 02.12.2010 |