Adakah penggunaan perkataan "insaf" betul pada soalan di bawah betul ? Mengapakah Ahmad insaf ? | Betul. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
Adakah ayat berikut betul? Perlu masukkan 'bahawa' dan imbuhan 'ber'? Nabi Musa berasa insaf dan menyedari seseorang harus sabar dalam perjalanan menimba ilmu. Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. | Tatabahasa | 05.01.2012 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannya | Peribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum. | Makna | 16.07.2008 |
Manakah yang betul 'kembali ke pangkuan masyarakat' atau 'kembali ke pangkal jalan'?.Apakah perkataan lain bagi merujuk kepada istilah ini? | Kedua-duanya betul, yang lazim digunakan ialah kembali ke pangkal jalan bagi mereka yang telah sedar dan insaf daripada dosa/kesalahan yang dilakukan sebelum ini. | Tatabahasa | 11.11.2011 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |