Manakah yang betul? 'polis inspektor' atau 'inspektor polis' terima kasih. | Yang betul ialah inspektor polis. | Tatabahasa | 19.01.2009 |
"Inspektor Gajah terkejut dengan/akan apa yang didengarinya." Yang manakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Selain itu, adakah "apa" boleh digunakan dalam konteks ayat di atas? Bagaimana pula dengan "siapa" dalam ayat berikut: "Saya tidak tahu siapa mencuri dompet saya." Terima kasih. | Ayat yang betul "Inspektor Gajah terkejut dengan berita yang didengarinya." - apa adalah untuk ayat tanya "Saya tidak tahu siapakah yang mencuri dompet saya." | Tatabahasa | 16.06.2011 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU | Merinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU? | Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor. | Istilah | 12.04.2012 |