apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi? | Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya. | Makna | 27.10.2010 |
Saya dapati perkataan "inspirasi" terakam dalam KD4 dengan terbitan "berinspirasi", "menginspirasi" dan "menginspirasikan". Adakah bentuk terbitan "terinspirasi" juga boleh digunakan (dengan makna "berilhamkan")? | 1. Perkataan terinspirasi masih belum wujud dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud inspirasi ialah sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain) dan merupakan sinonim dengan perkataan ilham. Maksud berilhamkan pula ialah mempunyai sesuatu sebagai ilham manakala berinspirasi pula bermaksud mempunyai inspirasi. Maka maksud berilhamkan tidak boleh digunakan dengan terinspirasi. Perkataan yang sinonim dengan berilhamkan ialah berinspirasi. | Istilah | 29.04.2019 |
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi Ilmu | Kedua-dua boleh digunakan mengikut tujuan program itu diadakan. Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham | Lain-lain | 19.06.2014 |
Saya baru menerima respons kepada permintaan semakan kata "inspiring progress" - "mengilham kemajuan", dan pihak tuan telah mencadangkan "kemajuan memberikan inspirasi". Sebenarnya frasa tersebut adalah sebahagian daripada frasa penuh, "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" di mana perkataan "Celebrating" dan "Inspiring" lebih berbentuk kata kerja atau kata perintah. Bolehkah saya cadangkan: - Mengilhami kemajuan - Mendorong kemajuan - Merangsang kemajuan atau kata2 yang difikirkan lebih sesuai sebagai kata gesaan/kerja. Terima kasih | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan Kemajuan | Makna | 02.06.2017 |
Kami ingin mendirikan signboar untuk sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Inspirasi Cahaya" dan logo yang kita akan gunakan di labelkan dengan "TM". Dalam garis panduan yang disediakan oleh MBPJ kita mesti mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih. | Untuk pengesahan papan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.12.2015 |
Apakah maksud "bersama berinspirasi"? Adakah ia sesuai untuk tema "team building"? | Dalam data rujukan kami, berinspirasi bermaksud mempunyai inspirasi. Tema tersebut sesuai digunakan. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
"Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya. | Kami tidak mengesahkan nama syarikat atau logo. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "STUDIO RAKAMAN" di bahagian paling atas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 17.06.2015 |
mengunakan nama projek RESIDENSI INSPIRIA untuk projek kami | Apakah makna "INSPIRAI"? Adakah ini nama syarikat? Jika tidak, sila tukar kepada INSPIRASI (yang terakam dalam Kamus Dewan). Sila buat permohonan penamaan melalui www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 03.04.2019 |
Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan Kemajuan | Terjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, | Makna | 05.06.2017 |