| Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih. | Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing. | Tatabahasa | 10.02.2017 |