maksuk integriti institusi kehakiman | Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 27.09.2009 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
IPTA= Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS= Institusi Pengajian Tinggi Swasta (adalah kata nama khas) Soalan: Adakah institusi pengajian tinggi adalah kata nama khas? Perkataan ini "institusi pengajian tinggi" digunakan untuk merujuk kepada maktab/universiti/kolej secara am. Mohon pencerahan. Terima kasih | Institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta ialah kata nama am, tetapi lazimnya dalam menulis singkatan kedua-dua frasa nama itu dieja dengan huruf besar seperti IPTA dan IPTS. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih. | 1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan. 2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my. 4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
tuan, kegoyahan dalam institusi keluarga atau kegoyahan dalam institusi kekeluargaan TQ | Frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan. | Tatabahasa | 24.01.2012 |
Assalamu'alaikum saya wan ahsani pelajar daripada UKM Bangi.Saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan istilah institusi pengajian tinggi Malaysia dengan institusi Pengajian Tinggi di Malaysia?Mengapakah menggunakan perkataan 'Pengajian Islam" contoh Fakulti Pengajian Islam tetapi bukan Pendidikan Islam? terima kasih atas segalanya | 1. Kedua-dua- frasa "institusi pengajian tinggi Malaysia" dengan "institusi Pengajian Tinggi di Malaysia" sama sahaja maknanya. 2. Pengajian bermaksud penyelidikan yang mendalam atau terperinci dan pendidikan ialah perihal mendidik. Oleh itu, Fakulti Pengajian Islam ialah frasa yang betul kerana pengajian di peringkat yang lebih tinggi lebih mendalam dan terperinci. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...? | Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi. | Lain-lain | 28.07.2007 |
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan. | Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Adakah DBP menjalankan perkhidmatan terjemahan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Adakah institusi yang menjalankan khidmat tersebut? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan sebarang khidmat penterjemahan. Institusi lain yang menjalankan khidmat ini ialah Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 012-2067076 (Puan Saodah Abdullah - setiausaha kehormat) atau 012-22811814 (Puan Suzana - setiausaha kerja). Institusi lain yang menjalankan aktiviti yang sama ialah Institut Terjemahan Negara. | Lain-lain | 09.06.2010 |
adakah kekosogan jawatan di institusi anda?dimanakah saya nk dapatkan iklan kekosongan jawatan sekiaranya saya melayari laman di institusi anda? | Terima kasih di atas minat yang anda tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan beberapa jawatan kosong akan diiklankan melalui laman web DBP dan di dalam akhbar tempatan dalam sedikit masa lagi. Sila lihat halaman utama (akan berkelip jika ada iklan baru) dalam laman web DBP untuk melihat iklan yang kami paparkan. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan mula disiarkan. | Lain-lain | 22.03.2008 |