Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.stru.men] | اينسترومن

Definisi : 1. alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll); 2. (Eko) (instrumén) dokumen rasmi yg sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yg menyatakan hak pihak-pihak yg terlibat dlm sesuatu kontrak dsb, surat cara; ~ kewangan (Eko) a) dokumen rasmi yg berkaitan dlm bidang kewangan; b) sebarang bentuk pelaburan dlm pasaran saham atau aset kewangan yg lain, mis bon, saham, deposit tetap dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata instrumen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastianMerujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah.Tatabahasa26.07.2012

Kembali ke atas