apakah yang dimaksudkan dengan integriti? | Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukintegriti">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integriti | Makna | 09.01.2013 |
maksud integriti. | Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. | Makna | 08.01.2008 |
maksuk integriti institusi kehakiman | Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 27.09.2009 |
APAKAH MAKSUD INTEGRITI? | Puan Normazidlan, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. | Makna | 09.07.2009 |
Mana yang lebih tepat moto ini: 1. Menerajui Integriti Memasti Kualiti, atau 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti. Terima Kasih. | Moto yang betul ialah 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti | Tatabahasa | 31.12.2012 |
MEMBUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Adakah susunan dan penggunaan ayat betul sebagai satu slogan | Ayat yang lebih tepat ialah MEMBUDAYAKAN INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI ataupun BUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI | Tatabahasa | 30.11.2010 |
maksud perkataan integriti | Maksudnya ialah kejujuran. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 08.06.2008 |
integriti adakah boleh diguna dalam b.melayu | Integriti yang bermaksud kejujuran telah diterima dalam bahasa Melayu. | Istilah | 24.01.2007 |
Definisi untuk perkataan `Integriti' | Puan Norzila, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Makan integriti seperti yang diberikan dalam kamus adalah seperti yang berikut.(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; | Makna | 24.03.2009 |
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih. | Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan. | Makna | 23.02.2008 |