| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah "Reservasi Hak Harta Intelektual" merupakan terjemahan yang betul untuk "Reservation of Intellectual Property Rights"? Terima kasih. | Terjemahan bagi Reservation of Intellectual Property Rights ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.06.2018 |
| Saya perlu buat satu video pendidikan mengenai "Intellectual Disability" dalam bahasa Melayu. Menurut pencarian di PRPM, ia diterjemahkan sebagai "Ketidakbolehan Intelek" Adakah ada terjemah istilah yang lebih asli pada bahasa dan budaya Melayu itu sendiri? Bagaimana dengan kurang akal/ kurang akal fikir/ ketidakbolehan daya fikir/ Ketakupayaan akal fikir | Cadangan padanan bagi istilah intellectual disability dalam bahasa Melayu ialah ketidakbolehan daya fikir atau ketidakbolehan intelek. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2024 |
| Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Special Olympic. Jika ianya bercakap tentang organisasi itu sendiri, perlukah saya menterjemahnya ke bahasa melayu?Dan jika ia bercakap tentang sukan untuk orang kurang upaya apakan perkataan yang paling sesuai untuk digunakan? Soalan kedua pula, jika bahasa sumber menggunakan bahasa singkatan Intellectual Disability sebagai ID. Bolehkah saya menggunakan bahasa singkatan yang sama dalam penterjemahan saya? Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Yang benar, Aireen | Jika Special Olympic ialah organisasi yang telah diwartakan, namanya dikekalkan. Namun jika merujuk sesuatu pertandingan, perkataan tersebut boleh diterjemahkan seperti Sukan Olimpik Khas. Sukan Orang Kurang Upaya ialah istilah yang betul kerana disasarkan khusus kepada kelompok tertentu. Intellectual Disability boleh diterjemahkan kepada ketidakbolehan intelek. | Tatabahasa | 09.12.2015 |