Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. ability to understand, learn, think, etc, kecerdasan; (coarse) otak: a girl of average ~, kanak-kanak perempuan yg sederhana kecerdasannya; use your ~!, gunakan otak kamu!; have the ~, cerdik: when the fire broke out, he had the ~ to douse it with a bucket of sand, apabila kebakaran itu berlaku, dia cerdik dan menyimbah api itu dgn sebaldi pasir; 2. news, information (about the enemy in particular) risikan: the latest ~ from the front line, risikan mutakhir dr barisan hadapan; 3. people, department involved in gathering such information, bahagian perisik; (attrib) perisik: military ~, bahagian perisik tentera; ~ officer, pegawai perisik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intelligence


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kursus Business Intelligence bolehkah kita tafsirkan sebagai kursus Pakar Perniagaan? Apakah pendapat tuan? Terima kasihUntuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan pasaran dan kursus tersebut boleh diterjemahkan sebagai Kursus Perisikan Pasaran.Istilah12.09.2012
Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih.Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan.Istilah08.10.2012
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'.

Encik Mohd Shahril,

Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku  istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera.

Istilah18.05.2010
Salam. Bolehkah saya dapatkan padanan terjemahan yang sesuai bagi Search for ExtraTerrestrial Intelligence (SETI) dalam bidang angkasa lepas. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Search for Extraterrestrial Intelligence (SETI)" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk setiap perkataan yang diberikan seperti yang berikut:
1. search - carian/gelintar
2. extraterrestrial - ruang angkasa/luar bumi
3. intelligence - risik
Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Carian Risik Ruang Angkasa.
Istilah14.01.2013
1)standardization 2)adaptation 3)market intelligence1)standiardisasi )adaptasi 3)perisikan pasaranEjaan18.01.2011

Kembali ke atas