Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tén.sif] | اينتينسيف

Definisi : (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~; ~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti; pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tén.sif] | اينتينسيف

Definisi : /inténsif/ dgn sungguh-sungguh (hebat, giat dll): membasmi buta huruf secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intensif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tidak henti-henti, tidak putus-putus, sungguh-sungguh, beria-ia, bermati-matian, berhabis-habisan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah betul penggunaan kata sendi dari yang berikut selain dari negara pertubuhan, mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensifPenggunaan yang betul ialah 'Selain negara pertubuhan mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensif'.Tatabahasa18.08.2009
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
Bagaimanakah hendak menghasilkan penulisan bahasa melayu yang bermutu? Saya mencari penyelesaian ini kerana saya sedang membina sebuah laman web dalam bahasa melayu, kami tidak mempunyai penulis yang mahir berbahasa melayu, bagaimanakah DBP dapat membantu dalam konteks ini? Mungkin DBP ada menawarkan servis yang dapat membantu kami. Sekian, terima kasih.DBP tiada menawarkan kursus penulisan secara intensif dalam bidang penulisan massa. DBP hanya memberi kursus penulisan dokumen rasmi seperti surat dan kertas kerja. Selain itu, DBP ada memberi kursus penataran bahasa Melayu. DBP boleh memberikan khidmat bimbingan dan penyemakan teks yang disediakan oleh tuan bagi meningkatkan mutu bahasa Melayu. Sila berhubung dengan Unit Latihan DBP untuk mendapat maklumat lanjut.Lain-lain21.09.2007

Kembali ke atas