Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. intending, purpose, aim, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: I did it without any ~ of hurting him, saya melakukan perbuatan itu tanpa sebarang niat utk melukakan hatinya; he went to night school with the ~ of becoming an accountant, dia belajar di kelas malam dgn tujuan hendak menjadi akauntan; our ~ is to leave early tomorrow, maksud kami hendak bertolak awal besok; have an ~, berniat, bertujuan, bermaksud: she has no ~ what so ever of accepting the offer, dia sedikit pun tdk berniat hendak menerima tawaran itu; 2. (in pl), (old-fashioned) purpose in regard to marriage, niat, tujuan: I’m sure his ~s are honourable, saya yakin niatnya baik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intention


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya / mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai untuk menterjemahkan "turnover intention" yang membawa maksud di bawah: Turnover intention is described as "the cognitive process of thinking, planning, and desiring to leave a job. sebelum ini saya membuat penyelidikan tentang "entrepreneurial intention" dengan menterjemahkannya kepada Tekad Keusahawanan."Belum ada istilah bahasa Melayu untuk turnover intention. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk perkataan tersebut ialah tekad pusing ganti.Istilah31.03.2018
Assalamualaikum. Bolehkah saya menggunakan terjemahan "pusing ganti kerja" untuk "turnover intention"?Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "turnover intention" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah06.02.2023
Assalamualaikum. Bolehkah saya menggunakan istilah "pusing ganti kerja" untuk "turnover intention"?Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "turnover intention" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah06.02.2023
Mohon penjelasan tuan, bolehkah perkataan intention di terjemahkan sebagai' terarah'. Saya mendapati perkataan ini mempunyai banyak maksud. Mohon tuan cadangkan terjemahan yang mengambarkan kata kerja bagi perkataan ini. tkSeperti yang puan sedia maklum, terjemahan perkataan ini tidak mutlak kepada satu perkataan sahaja. Sila lihat intention">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=intention pelbagai terjemahan bagi perkataan intention mengikut bidang dan konteks penggunaannya dan puan boleh sesuaikan dengan konteks penggunaannya. Penyemakan dan penterjemahan23.02.2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin bertanya dan membuat pengesahan berkenaan terjemahan perkataan berikut; 1) perceived usefulness - persepsi kebolehgunaan 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasihCadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah:
1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan
2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati
3) behavioral intention - niat perlakuan
Makna22.10.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin membuat pengesahan berkenaan perkataan berikut; 1) persepsi kebolehgunaan - perceived usefulness 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasihCadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah:
1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan
2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati
3) behavioral intention - niat perlakuan
Makna16.02.2022
Intilah 'grasping via apprehension' dalam teori pendidikan Kolb 1984. Contoh ayat: "Experience grasped through apprehension and transformed through intention result in what we called divergent knowledge." Apakah istilah yang tepat terhadap perkataan 'grasping via apprehension'? Terima kasih daun keladi.Dalam data rujukan kami, tiada padanan yang bersesuaian bagi istilah grasping dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan carian kami, dalam konteks yang dinyatakan, cadangan bahasa Melayu bagi perkataan grasping ialah penyerapan. Cadangan kami ialah penyerapan melalui pemahaman, jika bersesuaian dengan makna yang hendak disampaikan.Penyemakan dan penterjemahan10.11.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian.Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan.
1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja
2. Employee Work Intention – niat bekerja
3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi
4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial
5. Work Cognition – kognisi kerja
6. autonomy - autonomi
7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin
8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja
9. collaboration – kerjasama
10. distributive justice – keadilan teragih
11. feeback – maklum balas
12. growth - berkembang
13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat
14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara
15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong
16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju
17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
Istilah04.06.2018
Assalamualaikum, saya pelajar dari jurusan Docyor in Business Admin dari UiTM Sabah, saya ingin memohon terjemahan untuk tajuk penyelidikan saya iaitu (Social Media Influencer Towards Pro-Environmental Intention)Sila bagi terjemahan yang saudara maksudkan dalam bahasa Melayu dan pihak kami akan membuat semakan dan pembetulan jika terdapat kesalahan.Lain-lain04.03.2019
Apakah terjemahan paling tepat untuk perkataan ini? Terima kasih. 1) Likeability Contoh ayat: In the same vein, attitude towards organ donation registration was found to mediate the relationship between likeability and authenticity towards intention to register as organ donors. 2) Admirability Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude. 3) Celebrity-Cause Congruence Contoh ayat: Altruism was also found to moderate significantly on the relationships of admirability, charisma, celebrity-cause congruence on attitude.Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1) Likeability = kesesuaian
2) Admirability = kekaguman
3) Celebrity-Cause Congruence = sikap yang menyerupai selebriti.

Namun begitu, terjemahan yang sejadi (natural) perlu dilihat juga pada ayat sebelum dan ayat selepas ketiga-tiga perkataan tersebut.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan06.06.2017
12

Kembali ke atas