Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri). | Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan. | Tatabahasa | 11.10.2018 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar. | Istilah | 15.02.2017 |
Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater | Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. | Istilah | 24.09.2018 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'inter-empire trade' dalam bahasa Melayu ? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "inter-empire trade". Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 14.02.2017 |
Tuan, diharapkan dapat memberi terjemahan yang bersesuaian untuk istilah 'symbolic inter-actionist role theory' dalam konteks sains sosial. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah interaksionisme simbolik yang merupakan padanan bagi symbolic interactionism. Pihak kami akan mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'symbolic inter-actionist role theory' dan akan memanjangkan kepada pihak puan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Kepada yang berkenaan, Mohon semakan dan pengesahan bagi terjemahan "Enriching Statistics in an Inter-connected and Digital World" kepada "Memperkayakan Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung" adalah sesuai dan tepat. | Terjemahan yang tepat ialah "Memperkaya Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung". | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2015 |
1) Terangkan dengan lebih terperinci maksud ekor pada haiwan dalam konteks Bahasa Melayu. 2) Adakah bahagian hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor? Terima kasih. | inter-ideograph;"> inter-ideograph;"> 1. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ekor ialah bahagian yang di belakang sekali atau hujung pada tubuh binatang yang biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan. inter-ideograph;"> 2. Ya, hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor. inter-ideograph;"> | Lain-lain | 06.05.2020 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | inter-ideograph; mso-pagination: widow-orphan;">Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukkan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan pertunjukkan. Adakah ejaannya hanya perlu satu huruf k atau dua huruf k? Mohon penjelasan. Terima kasih | inter- ideograph; mso-pagination: widow-orphan;">Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Ejaannya hanya satu huruf k sahaja. Perkataan pertunjukan terhasil daripada imbuhan apitan per-...-an iaitu PER+TUNJUK+AN. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Assalaamu'alaikum, Tuan Dewan Bahasa, saya nak tanya, boleh tak saya minta tolong translate dari pada bahasa inggris ke bahasa Melayu, Mohon petunjuk Tuan, saya nak translate abtrak Thesis about 500 kata saja, Terimakasih, hanafi | inter- ideograph; mso-add-space: auto;">Khidmat Nasihat Bahasa hanya menawarkan khidmat menyemak penggunaan bahasa misalnya dalam penulisan iklan, dokumen rasmi seperti surat, memo dan minit mesyuarat. Khidmat menyemak bahasa dalam tesis tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Pihak kami mencadangkan tuan melayari laman web PRPM untuk apa-apa rujukan bahasa termasuklah makna perkataan dan ejaan yang setepatnya. | Lain-lain | 22.04.2020 |