Encik, 1. Adakah ayat berikut betul? "Prestasi Ali dalam bidang sukan amat menggalakkan." Apakah jenis kata bagi perkataan "menggalakkan" dalam ayat di atas? Adakah kata kerja transitif ataupun kata adjektif? Sila berikan penjelasan. 2. Apakah nama panggillan bagi "Interact Club" dan "Broadcasting Club" dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | 1. Perkataan "menggalakkan" dalam ayat yang dinyatakan ialah ayat adjektif kerana disertai kata penguat amat di depannya. 2. "Interact Club" dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu manakala "Broadcasting Club" boleh diberikan padanan sebagai Kelab Penyiaran | Tatabahasa | 01.04.2009 |
Istilah bahasa Melayu bagi "Desktop Environment", Desktop environments are the graphical interfaces we see when we use a computer, offering a visual way to interact with the operating system instead of relying solely on command-line interfaces | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi desktop environment ialah persekitaran atas meja. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.05.2025 |
Terjemah sesuai bagi "Skeuomorphism". Skeuomorphism is a term most often used in graphical user interface design to describe interface objects that mimic their real-world counterparts in how they appear and/or how the user can interact with them. (Teknologi) | Cadangan padanan bagi istilah skeuomorphism dalam bahasa Melayu ialah skeuomorfisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.03.2025 |