Assalamualaikum.. Yang manakah betul? portal e-pembelajaran interaktif Portal E-Pembelajaran Interaktif Portal e-Pembelajaran Interaktif Portal E-pembelajaran Interaktif PORTAL E-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL e-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL E-pembelajaran INTERAKTIF Terima kasih ya | Penggunaan yang betul ialah portal e-pembelajaran interaktif. | Tatabahasa | 28.03.2019 |
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi. | Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Portal Pembelajaran Interaktif atau Portal Pemelajaran Interaktif? | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan yang betul ialah Portal Pembelajaran Interaktif. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.04.2019 |
mana yang betul, 'kaedah powerpoint interaktif', atau 'kaedah PowerPoint Interaktif'? | Sekiranya perkataan "PowerPoint Interaktif" ialah nama khas, maka perlu huruf besar, sekiranya bukan nama khas, maka tidak perlulah menggunakan huruf besar. | Istilah | 23.04.2015 |
Ingin memastikan penggunaan kata sendi nama yang betul pada ayat di bawah ini : Bertukarlah ke / kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi | Jawapan yang betul ialah bertukar kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi. | Tatabahasa | 18.02.2010 |
Mohon bantuan untuk mengesahkan samada istilah sistem "Interactive Voice Response (IVR)" dalam sistem telefon boleh digantikan dengan terjemahan "sistem maklumbalas suara interaktif" untuk kegunaan Bahasa melayu. | Sistem maklum balas suara interaktif boleh diterima. Perkataan maklum balas dieja sebagai dua perkataan. | Istilah | 04.06.2008 |
Di manakah saya boleh dapatkan buku cerita digital interaktif kanak-kanak dalam bentuk CD-ROOM yang dihasilkan dari tahun 2003 hingga kini. Terima kasih. | Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke Bahagian Multimedia. Terima kasih. | Lain-lain | 04.03.2019 |
Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY) | Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.05.2013 |
CDRI (COMPACT DISK RECORDABLE INTERACTIVE) | CDRI (CAKERA PADAT BOLEH RAKAM SEMULA INTERAKTIF) | Istilah | 26.11.2010 |
sejarah menuju kemerdekaan | Sdr. boleh lawati Portal Merdeka 50 Tahun yang memberi maklumat terperinci serta interaktif sejarah kemerdekaan di laman Arkib Negara Malaysia http://www.arkib.gov.my | Lain-lain | 10.09.2007 |