| salam.i'm a final year student n UM, will finish my study in this coming May. I'm looking for a part time job and interesting to be a part of dbp. So, could you please to show me the way that i'm need to d? Tq very much | Buat masa ini DBP tidak mempunyai kerja separuh yang untuk ditawarkan kepada sdr. Sebagai rakyat Malaysia, kami menyarankan sdr menggunakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara di dalam semua urusan khususnya apabila berurusan dengan jabatan kerajaan seperti DBP. Cintailah bahasa kita. | Lain-lain | 19.04.2008 |
| Adakah terdapat perbezaan antara 'seronok' dengan 'menarik'? Kalau ada, apakah perbezaannya? Adakah kedua-dua perkataan ini sama dengan 'have fun' dalam bahasa Inggeris? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "have fun" ialah berseronok-seronok. "Menarik" mempunyai beberapa padanan bahasa Inggeris seperti "attractive, interesting,striking dan lain-lain bergantung pada konteks penggunaan., ".
| Makna | 12.08.2016 |