International Palm-Oil Congress (PIPOC 2007) Palm Oil Empowering Change | Kongress Minyak Sawit Antarabangsa Minyak Sawit : Pencetus Pembakar - makna empowering - memberi kuasa memberi daya. | Lain-lain | 19.04.2007 |
MBI INTERNATIONAL KILANG BISKUT BENG HEONG SDN. BHD. NO. SYARIKAT (494937-D) | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar pelanggan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan dan tatacara seterusnya boleh dirujuk dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 11.01.2018 |
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | Lain-lain | 01.12.2010 |
Salam sejahtera. Saya wakil dari sebuah agensi pengiklanan. Saya hanya ingin dapatkan pengesahan bertulis bahawa penterjemahan yang betul untuk kata nama/istilah "International School" adalah "Sekolah Antarabangsa". Sekian. | Salam Sejahtera. Cadangan terjemahan "International School" ialah "Sekolah Antarabangsa". | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2015 |
Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'spacewalk' dalam Bahasa Inggeris? Contoh ayat: Two astronauts will perform a spacewalk from the Quest module on the International Space Station. Dua angkasawan akan melakukan _____ dari modul Quest di International Space Station. Terima kasih. | Perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "spacewalk" ialah perjalanan angkasa. Perkataan perjalanan angkasa boleh digunakan jika bersesuaian. | Makna | 24.09.2018 |
soalan 1 apakah maksud ISSN yang ada pada setiap muka depan majalah dan bagaimana pula dengan ISBN yang ada pada buku. soalan 2 apakah maksud HAKCIPTA dan penerangan tentang nya. terima kasih | ISSN ialah International Standard Serial Number, manakala ISBN ialah International Standard Book Number. Hak cipta ialah perlindungan hak intelektual atau produk sesuatu institusi atau individu yang dilindungi undang-undang. | Lain-lain | 05.01.2007 |
Permohonan di buat pada 23/7/2015 semua text dalam bahasa Inggeris memandangkan target market saya dari golongan expatrait /international yang berada dikawasan tersebut. (Seri Iskandar) Memandangkan saya telah mencetak iklan tersebut barulah saya di beritahu oleh pihak PBT saya perlu membuat penyemakan di DBP. Saya bimbang permohonan saya ditolak. Mohon kerjasama kerana target market saya adalah dari golongan international. | Paparan awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan juga padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu perkataan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dan keutamaan kepada bahasa kebangsaan termasuklah dari segi saiz dan kedudukannya. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 23.07.2015 |
Nazatul Nazwa Mar 16th, 11:43am assalamualaikum...tumpang tanya...no isn tu apa?? | Tiada maklumat tentang nombor ISN. yang tuan maksudkan ialah ISBN, International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. | Lain-lain | 16.03.2015 |
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP? | Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.11.2018 |
Apakah terjemahan tepat bagi "International Teaching Centre" ? Pusat Pengajaran Antarabangsa atau Pusat Mengajar Antarabangsa? | Terjemahan yang tepat ialah “Pusat Pengajaran Antarabangsa”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2014 |