Maksud Interprestasi Muzik | Perkataan interprestasi tidak adala dalam pangkalan data kami, yang ada ialah interpretasi. Frasa interpretasi muzik bermaksud tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan sebagainya tentang muzik. | Makna | 25.10.2011 |
APAKAH MAKSUD INTERPRETASI? SERTAKAN CONTOH AYAT BAGI MENAMBAHKAN KEFAHHAMAN. | interpretasi - (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; Contoh: Selama kita berpegang pada hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan interpretasi baru terhadap karya sastera lama kita; | Makna | 19.06.2009 |
maksud interpretasi lagu dan triftong | Lagu bermaksud gubahan muzik biasanya dengan seni kata, manakala triftong ialah gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire. | Makna | 17.10.2011 |
salam.. kata dasar "interpretasi" boleh menerima imbuhan "Meng...kan" atau "Meng" sahaja. contoh ayat, "dalam konteks menginterpretasikan pelbagai sumber data" dan "proses menginterpretasikan data ini".. mohon penjelasan. terima kasih. | Perkataan tersebut betul. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
Berikan maksud interprestasi dalam bahasa melayu | Ejaan yang betul ialah interpretasi dan maknanya ialah tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.12.2008 |
MEMOHON KELULUSAN HAK CIPTA KARYA TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI TUJUAN FINAL YEAR PROJECT Salam sejahtera tuan/puan, nama sayaLEE AI YU, pelajar tahun 2 bagi kursus Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk memohon kelulusan hak cipta karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan sumber bagi Final Year Project kami dalam kursus Projek Terjemahan (HBT 311). Dalam kursus HBT 311 ini, kami akan menganalisis dan menterjemah sebuah teks sumber kepada bahasa sasaran kami iaitu bahasa Cina di bawah bimbingan penyelia kami, Profesor Madya Dr. GOH SANG SEONG. Oleh itu, saya mewakili kumpulan saya yang terdiri daripada NG DEVNIN, TAN HUI YIN dan TOH CHENG CHZEE ingin memohon kelulusan hak cipta buku "MITOS PERIBUMI MALAS" cetakan 2016 yang ditulis oleh SYED HUSSEIN ALATAS sebagai bahan sumber bagi kursus Projek Terjemahan, HBT 311. Saya amat berharap permohonan kelulusan hak cipta ini akan tuan/puan pertimbangkan. Sekian, terima kasih. | Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.07.2024 |
Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat ini yang mana satu betul? Gaji dibayar penuh semula mulai ... atau Gaji penuh dibayar semula mulai ... | Sila kemukakan konteks yang puan ingin sampaikan. Gaji dibayar penuh semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan terdahulu gajinya ada potongan. Secara konsepnya ada gaji penuh, gaji separuh dan tanpa gaji. Gaji penuh dibayar semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan lepas dia tidak ada gaji langsung (tanpa gaji) dan gaji bulan tersebut akan “dibayar semula” pada … | Tatabahasa | 08.04.2014 |
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perlu | Terjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |
Untuk makluman Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan bekerjasama dengan Universiti of Santo Tomas, Philippines untuk menjayakan pertandingan ratu cantik yang bertemakan "Malaysia". Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk memberikan cadangan nama yang bersesuaian untuk pemenang. Kedutaan telah mencadangkan agar nama "Putera Kuala Lumpur" dan "Puteri Kuala Lumpur" digunakan namun penganjur memaklumkan penggunaan nama putera mempunyai interpretasi yang tidak sesuai dalam bahasa Tagalog (Saya dimaklumkan penggunaan "putera" mempunyai persamaan dengan panggilan anjing). Oleh yang demikian dipohon kerjasama DBP untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mohon kerjasama untuk mendapatkan maklumbalas pada kadar SEGERA. | Untuk makluman tuan, ratu dikhususkan kepada wanita kerana ratu bermaksud permaisuri atau pemenang wanita dalam pertandingan kecantikan. Oleh itu, cadangan nama "Puteri Kuala Lumpur" atau "Puteri Malaysia" boleh digunakan. Bagaimana dengan pemenang yang bergelar "Putera Kuala Lumpur"? Adakah dia pemenang pertandingan kecantikan bagi kategori lelaki? Bagi kategori lelaki, bolehlah digunakan gelaran "Pemuda Kuala Lumpur/Malaysia" atau "Jejaka Kuala Lumpur/Malaysia". | Istilah | 11.09.2012 |
Dalam struktur ayat Bahasa Melayu, adakah boleh kita menggunakan ayat "celakalah"? Sebab saya cari dalam pencarian, tiada perkataan "celakalah" digunakan. | “Celaka” bermaksud kata makian yang diucapkan apabila terlalu marah, geram dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu. Partikel -lah berfungsi sebagai kata penegas yang memberikan penekanan pada kata atau frasa yang mengikutinya. Dalam konteks wacana, partikel -lah juga boleh memberikan makna tambahan atau interpretasi tertentu dalam pembinaan ayat. Oleh itu, “celakalah” merupakan gabungan kata dengan partikel -lah yang membawa maksud penegasan dan boleh digunakan dalam ayat bergantung pada konteks penggunaanya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 261 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 406. | Sastera | 04.08.2025 |