Tuan, Tolong sahkan terjemahan berikut : Key Informant Interview (KII) Topic Guide = Topik Panduan Temuduga Pemaklum Utama (KII) terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "Key Informant Interview (KII) Topic Guide" ialah Panduan Topik Temu Duga Pemaklum Utama. | Makna | 23.04.2019 |
Salam Sejahtera. Saya ingin minta bantuan pihak Tuan untuk beri terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan "walk-in". Ia tiada dalam pangkalan data prpm. Contohnya, "walk-in closet" atau "walk-in interview". Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "walk-in interview" ialah temu duga jumpa terus. untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu ynag khusus untuk "walk-in closet". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bilik almari pakaian atau ruang almari pakaian. | Istilah | 24.10.2016 |
temuduga dalam BI | Interview | Istilah | 12.02.2009 |
Apakah istilah yang tepat bagi perkataan 'exit survey'? | Dalam data kami terdapat perkataan exit interview yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah temu duga keluar. Oleh itu, bagi perkataan exit survey, kami mencadangkan tinjauan keluar sebagai padanan istilah bahasa Melayunya. | Istilah | 06.12.2019 |
Tolong semak lampiran dibawah dan berikan pembetulan kata untuk perkataan yang salh di dalam gambar dibawah. terima kasih. | Betulkan: INTERVIEW SECARA ONLINE kepada TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN Gaji pada setiap 20 hari bulan APPLY kepada MOHON Berdekatan dengan Auto-City | Lain-lain | 07.06.2022 |
Buku Rekod 8:55AM Assalamualaikum...maaf menganggu admin...sy ingin bertanya mengenai jawatan PSH yg ditawarkan...adakah seorang niqabis dibenarkan utk berniqab semasa interview dijalankan...atau mmg tidak dibenarkan sama sekali brniqab...mohon penjelasan...terima kasih | Waalaikumussalam. Untuk temu duga yang dijalankan di jabatan perkhidmatan awam, calon tidak dibenarkan menggunakan penutup wajah atau niqab. | Lain-lain | 02.09.2016 |
Bibiana Mona Selamat tengah hari admin. Saya pelajar masscom uitm. Boleh tak saya tahu siapa Pegawai Perhubungan Awam DBP? Kalau boleh saya nak no contact sekali untuk berhubung. Saya nak interview Pegawai Perhubungan Awam berkenaan dengan assignment saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik admin. Terima Kasih. | Terima kasih, Saudara boleh menghubungi Tuan Haji Razali Che Mat Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP di talian 03-2147 9464 atau boleh bere-mel razali3@dbp.gov.my. Sekian. | Lain-lain | 13.05.2014 |
Assalamualaikum warga DBP. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Disini saya ada satu pertanyaan.. saya ada menghantar permohonan jawatan kosong untuk jawatan eksekutif pemasaran dan pembantu pemasaran kanan baru baru ini.. bolehkah saya tahu bila diproses akan permohonan tersebut dan penggilan interview (sekiranya saya layak) ? Mohon respon :) Terima Kasih.. :) | Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan, sila hubungi Bahagian Personel melalui talian am 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 10.07.2016 |
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy | job rotation - pusingan kerja continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan. exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar. | Istilah | 01.07.2011 |