Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pokok, isi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian yg terutama atau yg terpenting drpd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih.Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuatĀ  yang dianggap lewah bagi dibuat.Tatabahasa29.05.2012
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih.

1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah.

2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap.

Tatabahasa10.05.2011

Kembali ke atas