Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. tending to intrude, mengganggu: she was sympathetic but never ~, dia bersimpati tetapi tdk pernah mengganggu; ~ salesmen, jurujual-jurujual yg mengganggu; an ~ manner, perangai yg mengganggu; 2. (ling) intrusif: the ~ “r” in “law and order”, “r” intrusif dlm frasa “law and order”(Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intrusive


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search? Contohnya dalam ayat: Terdapat beberapa cara pemeriksaan badan yang dibuat ke atas seseorang yang ditahan oleh polis iaitu pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search.Padanan bahasa Melayu bagi istilah pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search ialah pemeriksaan tepuk, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan intrusif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.11.2022
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808& APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. Istilah11.07.2025

Kembali ke atas