Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. capable of, skilled at inventing, berdaya cipta, pandai /mencipta, merekacipta, mereka/: an ~ genius, genius yg berdaya cipta; he has an ~ mind, dia mempunyai akal yg berdaya cipta; 2. of, characterized by invention, daya cipta: a creation that is beyond the ~ power of the human mind, rekaan yg di luar daya cipta akal manusia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata invention


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, apakah padanan terbaik untuk ayat 'necessity is the mother of invention' dalam ayat bahasa Melayu ataupun peribahasa Melayu? Terima kasih.Salam Saudara. Cadangan padanan kami ialah "Kerana keperluan manusia, lahirlah reka cipta". Namun begitu, bagi dijadikan tajuk novel atau karya kreatif, antara cadangan kami termasuklah "Indah Tercipta", "Anugerah Tercipta", dan "Ilham Tercipta".Penyemakan dan penterjemahan11.06.2014
Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut.Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan  jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr,  rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula".Istilah23.06.2009
apakah maksud teori public sphere bagi DBP?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.

Berikut hasil carian menggunakan kemudahan KAWAT DBP mengenai "public sphere":

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
The Crisis of Literature in the 1790 : print culture and the public sphereKeen, PaulTiada maklumat1999899.22109 KeeTerperinci
The invention of politics in colonial MalayaMilner, AnthonyTiada maklumat 959.5 MilTerperinci
1

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menunjukkan banyak maklumat mengenai "public" dan "sphere". Selamat mencuba.

Lain-lain10.03.2009

Kembali ke atas