"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |
Melalui semakan kami, istilah “refiner’s syrup” telah dipadankan dengan istilah “sirap kilang” tetapi dalam peruntukan ini di bawah ini ia dipadankan sebagai “sirap tapis". Semakan kami melalui PRPM pula memadankan istilah “sirap kilang” dengan “refined syrup”. Apakah padanan sebenar bagi “refiner’s syrup”. Canned fruit 233. (1) Canned fruit shall be the sound fruit of one type, packed in clean containers that are hermetically sealed processed by heat. Canned fruit may contain sugar, invert sugar, refiner’s syrup, glucose or dried glucose syrup and potable water. The fruit so contained shall be of similar varietal characteristics and of reasonably uniform size. Buah dalam tin 233. (1) Buah dalam tin hendaklah buah-buahan yang baik dari satu jenis, dipek dalam bekas bersih yang kedap udara dan diproses dengan haba. Buah dalam tin boleh mengandungi gula, gula songsang, sirap tapis, glukosa atau sirap glukosa dikeringkan dan air minuman. Buah-buahan yang terkandung di dalamnya hendaklah mempunyai ciri-ciri jenis yang serupa dan daripada saiz yang semunasabahnya sama. | Dalam konteks terjemahan pihak tuan, padanan yang betul ialah sirap bertapis. | Makna | 30.06.2021 |
Macammana untuk mendapat kelulusan pihak DBP bagi papan tanda kedai. | Permohonan boleh dibuat di Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP atau permohonan dalam talian melalui invert; background-color: rgb(248,249,249); text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px;">http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 11.12.2018 |
Salam DBP, Mana peribahasa yang betul? 'Bagai kucing tidur di bantai' atau 'bagai kucing tidur di bantal'? Di database DBP pakai 'bantai'. Mohon pencerahan. Terima kasih. | invert; padding-right: 0px; background-color: rgb(255,255,255); text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;border: 0px;">Peribahasa yang betul ialah "Bagai kucing tidur di bantai". Peribahasa ini membawa maksud hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Lain-lain | 15.07.2019 |