Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.vois] | اينۏوءيس

Definisi : dokumen yg menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yg dibekalkan kpd pelanggan dan menyatakan jumlah wang yg perlu dibayar oleh pelanggan; menginvois mengeluarkan atau mengirimkan invois (kpd pembeli atau pelanggan): kerja ~ dapat dibuat dgn cepat jika adanya ketepatan dlm rekod stok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.vois] | اينۏوءيس

Definisi : daftar barang-barang serta harganya yg dihantar kpd pembeli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
invois (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bil, akaun, penyata, senarai.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan mana yang betul ? Inbois atau Invois.Ejaan yang betul ialah invoisEjaan01.10.2009
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih
Ayat yang telah dibertulkan adalah  seperti yang berikut:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.


Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman?

Assalamualaikum Encik Hanafi,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud peme­rik­saan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul.

Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi.

Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat.

Sekian. Terima kasih.

Istilah30.01.2018

Kembali ke atas