Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.par] | ايڤر

Definisi : saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri; beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya; beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang peguam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.par] | ايڤر

Definisi : adik-beradik kpd suami atau isteri sendiri. ~-duai (-lamai) saudara pupu kpd isteri atau suami sendiri. beripar mempunyai hubungan sbg ipar: Ramlah ~ dgn ibu saya. beriparkan mempunyai sbg ipar: Kakak saya ~ seorang doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ipar (kata nama)
Bersinonim dengan adik ipar, abang ipar, kakak ipar, ipar-duai, ipar-lamai.,

Peribahasa

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, istilah 'abang ipar', 'abang angkat' dikira sebagai simpulan bahasa atau kata majmuk? Terima kasih.Abang ipar dan abang angkat ialah kata majmuk.Tatabahasa31.03.2014
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
Salam Sejahtera, Soalan 1 : Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' yang betul yang mudah difahami serta teknik mudah untuk diajar kepada pelajar-pelajar? Soalan 2 : Penggunaan kata 'ia' sesuai untuk manusia? Soalan 3 : Fungsi dan penggunaan imbuhan 'memper...' dan 'memper...kan' yang tepat. soalan 4 : Yang manakah betul penggunaannya? a)ibu bapa, b)ibu-bapa a)suami isteri, b)suami-isteri a)sanak saudara,b) sanak-saudara a)ipar duai, b)ipar-duai Berdasarkan, kata-kata yang disenaraikan, apakah relevan dan rasional penggunaan tanda sempang bagi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu?

1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

2. Ia kata ganti nama diri ketiga (untuk manusia) dan boleh juga digunakan bagi merujuk benda yang dibicarakan.

3. Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif, manakala apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman  177.

4. Ejaan yang betul ialah ibu bapa, suami isteri, sanak saudara dan ipar-duai. Tanda sempang digunakan bagi perkataan berganda yang menunjukkan banyak/ramai.

Tatabahasa04.12.2009
penggunaan perkataan serta & dan dalam ayatKata "dan" digunakan apabila menghubungkan dua perkataan atau ayat. Contoh ayat:

1. Sanak saudara dan ipar-duai
2. Ada orang yang sibuk memasak dan ada pula yang leka berbual.

 Penggunaa "serta" digunakan bagi menggantikan maksud dan juga. Contoh ayat:

 1. Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.  

Selain itu, kata sendi dan/serta boleh juga digunakan dalam satu ayat. Contoh ayat:

1. Permuafakatan murid dan pelibatan ibu bapa serta komuniti. 
Lain-lain11.09.2020

Kembali ke atas