Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipoh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 mengenai ayat tunggal pola FN + FN, manakah betul? a) Ibu negeri Perak Ipoh atau b) Ipoh ibu negeri Perak. Soalan 2 mengenai kata nama am / khas - a) Kami murid tahun satu atau b) Kami murid Tahun Satu

1) Ibu negeri Perak Ipoh atau Ipoh ibu negeri Perak. Kedua-dua ayat itu butul dan menepati pola FN + FN.

2) Kami murid tahun satu - tahun satu ialah kata nama am.

3) Kami murid Tahun Satu Gemilang - Tahun Satu Gemilang ialah kata nama khas.

Tatabahasa12.07.2011
Apakah ejaan yang betul bagi sebahagian jalan dari jalan utama: PERSIARAN atau PESIARAN? Contoh - Persiaran Dataran Ipoh atau Pesiaran Dataran Ipoh.Ejaan yang betul ialah persiaran/Persiaran Dataran Ipoh.Lain-lain05.11.2010
ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Salam.. Saya bercadang ingin membuka perniagaan. Untuk nama restoran mana yang betul? Restoran Ipoh Klebang atau Restoran Klebang Ipoh?Salam,

Dicadangkan nama Restoran Klebang Ipoh.
Lain-lain23.08.2015
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Ejaan bahasa Malaysia ditulis dengan huruf kecil b pada perkataan bahasa dalam kontes umum yang merujuk bahasa, huruf besarnya hanyalah Malaysia yang merupakan nama khas. Contoh lain: bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina yang ditulis dengan huruf kecil pada perkataan bahasa. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran di sekolah, Bahasa Malaysia ditulis dengan huruf besar. Jawapan di atas diberikan oleh pihak DBP tetapi persoalannya kenapakah perkataan hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh dan bukannya hospital Ipoh walaupun konteksnya juga sama sperti di atas

Ejaan untuk hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh (bukan hospital Ipoh) kerana huruf besar digunakan sebagai huruf pertama bagi nama institusi. Contoh lain Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dll.

Ejaan Hospital Ipoh tidak sama konteksnya dengan ejaan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bahasa.  Dalam konteks ini, bahasa menjadi kata umum, manakala kata Melayu ialah kata nama khas.

Tatabahasa20.12.2010
Untuk surat rasmi yang ditulis bagi tujuan edaran dalam negeri yang sama, adakah perkataan negeri itu tidak boleh ditulis. Contohnya: 30200 Ipoh. Dalam hal tersebut Perak tidak boleh ditulis?

Mengikut Penulisan Dokumen Rasmi yang  betul, sebaiknya perlulah diberikan alamat yang lengkap dalam format penuh seperti yang berikut 30200 Ipoh, Perak. atau 30200 IPOH, PERAK.   

Lain-lain24.02.2021
Tuan, antara yang berikut, yang manakah tepat penggunaanya? Bandaraya Melaka, Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh dan Pasaraya Giant.Ejaan yang betul ialah bandar raya Melaka, bandar raya Ipoh, bandar raya Kuala Lumpur dan pasar raya Giant.

Bagi ejaan yang diwartakan, bandaraya dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain.
Ejaan22.09.2013
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS?Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK.Tatabahasa17.09.2014
Apakah bentuk pola ayat di bawah? Sila berikan penjelasan. Terima kasih Dia berasal dari Ipoh. A) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama B) Frasa Nama + Frasa KerjaPola ayat Dia berasal dari Ipoh ialah Frasa Nama + Frasa Kerja. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Binaan Frasa kerja.Tatabahasa24.01.2011
123456

Kembali ke atas