Salam Saudara, Saya ira, mohon jasa baik saudara untuk menterjemahkan kata bahasa inggeris ke bahasa malaysia seperti berikut: 1) full condo facilities 2) matured neighbourhood ** perkataan di atas adalah untuk risalah jualan. Jasa baik saudara amat dihargai. Sekian , Terima Kasih. | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "full condo facilities" ialah kemudahan kondominium sepenuhnya. Perkataan "matured neighbourhood" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan maksud atau konsep perkataan tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.11.2016 |