Apa beza piala iringan dan piala pusingan? | Piala pusingan merupakan piala yang dipertandingkan secara tahunan, manakala piala iringan merupakan piala yang diberikan kepada pemenang di samping hadiah atau piala kemenangan yang lain. | Makna | 13.09.2024 |
Assalamualaikum... Macam mana nak buat perakuan hak milik dan surat iringan bagi tujuan penghantaran manuskrip?? Nak dapatkan dari mana? | Waalaikumsalam. Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Penerbitan di talian 03-2147 9536/9537 | Karya | 12.02.2015 |
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |
apa makna covering letter untuk dokumen dalam bahasa melayu? | Makna "covering letter" ialah "surat iringan". | Makna | 24.01.2007 |
Maksud "mestamu" "memestamukan"? | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan maksud bagi kata mestamu seperti yang berikut: mestamu kata nama satu kaedah mendeklamasikan sajak tanpa iringan muzik. Mestamu ialah akronim bagi melagukan sajak tanpa muzik. Jadi, memestamukan bermaksud menyampaikan atau mendeklamasikan (puisi) tanpa iringan muzik. | Makna | 16.08.2023 |
Saya penulis dgn Nama Pena Daeng MA Penner ke DBP Pada 9/7/2025 YG Lalu Menyerahkan manuskrip novel remaja berjudul PERJUANGAN + Surat iringan + Satu pendrive. Ia diserahkan Di Kaunter DBP tingkat 10 beralamat Di Pengarah Penerbitan DBP. Tetapi Pada Hari ini 4/8/2025 saya Masih tidak menerima sebarang maklum balas berhubung perkara Di atas Sama Ada melalui EMEL atau Telefon. Harapan PIHAK DBP dapat memberikan RESPON terhadap perkara ini. Terima kasih. Penulis. Daeng MA Penner dmap77@gmail.com 0133720512 | Salam tuan yang budiman, Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Karya | 04.08.2025 |
Saya telah hampir menyiapkan beberapa manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku. Apakah proses selanjutnya yang perlu saya lakukan. Terima kasih Dr Mohd Hanip Hj Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata saudara ke Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut: Ketua Bahagian Buku Umum, Aras 13, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. | Lain-lain | 19.11.2015 |
Salam, Saya berminat untuk menulis artikel teknologi dalam majalah Dewan KOsmik. Boleh saya minta e-mel sesiapa yang boleh saya hubungi atau menghantar artikel tersebut. | Salam sejahtera. Untuk tujuan tersebut, saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Editor Dewan Kosmik norizan2@dbp.gov.my atau armin@dbp.gov.my. beserta surat iringan yang memuatkan nama penuh, no. kad pengenalan, alamat surat-menyurat, no. telefon dan emel. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Adakah Puisi,Syair,Sajak, selain dari Cerpen & Novel, masih boleh diterima dan dihantar secara online oleh penulis baru untuk pihak DBP menilai dan dibukukan karyanya? Jika pihak DBP sedia menerima, dimanakah tempat untuk dihantarcoretan-coretan dan bagaimanakah caranya? Sekian, Terima kasih. | Karya tersebut boleh dihantar secara online dengan surat iringan penyerahan bahan oleh penulis. Setiap karya yang di hantar ke DBP akan dinilai untuk dipertimbangkan penerbitannya. Karya itu bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my | Lain-lain | 08.07.2013 |
Mohon beri garis panduan penerbitan buku | GARIS PANDUAN PENERBITAN BUKU (UMUM/ILMIAH) DAN PROSES PENERBITAN - Pembinaan dan perolehan manuskrip (perbengkelan dan kertas cadangan judul)
- Penerimaan manuskrip lengkap bersama surat iringan penulis:
- bahan awalan hendaklah lengkap (judul, kandungan, prakata, senarai rajah/ilustrasi/foto), kata pengantar (sekiranya berkaitan), pendahuluan (bab dalam buku), penghargaan (sekiranya berkaitan) - bahan teks hendaklah lengkap (surat izin terbit untuk petikan, gambar, ilustrasi dll) - bahan akhiran lengkap (bibliografi, lampiran (jika ada), glosari (jika ada), biodata penulis (jika ada), dll) - manuskrip lengkap akan didaftarkan dalam sistem penerbitan DBP. - Penilaian manuskrip (penilaian dalam mesyuarat JKKB, penilalain pakar bidang, penilaian JKE)
- Penyuntingan (berdasarkan bidang/kategori/jenis teks)
- Penyediaan manuskrip bersih (sebelum dibuat reka letak, manuskrip bersih akan disemak oleh ketua Unit dan Ketua Editor)
- Penyemakan pruf dan penyediaan indeks (editor akan menyemak pruf 1, pruf akhir dan menyediakan indeks)
- Penyemakan Naskhah Sedia Kamera
- Penyediaan mock up
- Pengesahan sijil perakuan mutu bahan terbitan.
| Lain-lain | 26.12.2024 |