Salam 1Bahasa, 1. Apakah maksud perkataan homosapisas? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ironi? Terima kasih. | 1. Untuk makluman tuan, perkataan homosapisas tiada dalam rujukan kami. 2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2? | 1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua. | Makna | 05.09.2006 |
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistik | Personifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih. Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~. Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Makna | 15.07.2013 |
Apakah maksud perkataan ironinya? Boleh jelaskan dengan terperinci. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya. | Makna | 03.04.2012 |
Salam sejahtera, Sekiranya saya ingin bermula ayat saya dengan perkataan, "ironiny", Perlukah saya masukkan perkataan "namun" di hadapan "ironinya". Penggunaan yang betul ialah "Ironinya" atau "Namun ironinya,...."? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Kata ironi lazimnya hadir pada permulaan ayat dan tidak perlu didahului dengan namun, seperti contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Tatabahasa | 29.01.2011 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |