Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. annoyance, kejengkelan, rasa jengkel: he tried to unsuccessfully hide his ~, dia mencuba menyembunyikan rasa jengkelnya tetapi gagal; in ~, krn (berasa) jengkel: he frowned in ~, keningnya berkerut krn dia jengkel; to so’s ~, berasa jengkel: he found, to his ~, that the bus had already left, dia berasa jengkel apabila mendapati bas itu telah berlepas; 2. soreness, inflammation, kerengsaan, iritasi: scratching will only increase the ~, menggaru akan menambah kerengsaan; 3. st that causes annoyance, (approp n + yg) menjengkelkan: one of the many ~s of everyday life, salah satu perkara yg menjengkelkan dlm kehidupan sehari-hari. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata irritation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan  kurang kesedaran.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Please advise BM translation for 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" Thanks for your help.Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. DBP hanya menyemak bahan atau dokumen dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk penyemakan dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan09.06.2016
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016

Kembali ke atas