Nazatul Nazwa Mar 16th, 11:43am assalamualaikum...tumpang tanya...no isn tu apa?? | Tiada maklumat tentang nombor ISN. yang tuan maksudkan ialah ISBN, International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. | Lain-lain | 16.03.2015 |
Number Pendaftaran ISBN. Kami ingin membuat satu coffee table book jabatan kami. Bagaimana proses untuk memohon nombor ISBN? Buku ini untuk edaran awam dan antara jabatan. Bukan untuk dijual. Terima kasih. | Untuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.11.2015 |
Assalamualaikum. Apakah proses dan langkah untuk saya menerbitkan buku saya sendiri? Untuk permohonan nombor ISBN, apakah yang perlu saya sediakan dan berapakah jumlah bayaran pendaftaran ISBN yang berkenaan? Terima kasih. | Wkm salam wbkt. Proses yang lazim dilalui ialah menilai, menyunting, menyemak dan mencetak buku tersebut. ISBN dikawal oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Oleh itu setiap permohonan untuk mendapatkan ISBN perlulah diajukan kepada pihak PNM. | Lain-lain | 24.11.2012 |
bagaimana caranya untuk mendapatkan ISBN bagi buku yang sedang dicetak dan untuk dijual | ISBN dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Sdr boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.04.2011 |
Assalamualaikum wrm. wbt. Saya mewakili jabatan saya ingin memohon kod utk penerbitan buku (ISBN). Bagaimana caranya? Buku tersebut ialah: 1) Kamus Kompetensi JAKIM 2) Training Roadmap JAKIM (2020-2025) Mohon perhatian dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih. | Assalamualaikum Puan budiman, Untuk mendapatkan nombor ISBN, puan bolehlah mendapatkannya daripada daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) penerbit atau penulis boleh terus memohon ISBN daripada PNM. Semua judul buku layak dipertimbangkan untuk diberikan ISBN selagi memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sila layari portal rasmi PNM untuk maklumat lanjut dan borang permohonan. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2020 |
SAYA MEMPUNYAI SATU PENULISAN BERKAITAN PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA KESIHATAN AWAM , BAGAIMANA SAYA HENDAK DAFTAR UNTUK DAPATKAN NOMBOR ISBN. TERIMA KASIH | Untuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, mohon saudara menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. | Lain-lain | 28.02.2017 |
soalan 1 apakah maksud ISSN yang ada pada setiap muka depan majalah dan bagaimana pula dengan ISBN yang ada pada buku. soalan 2 apakah maksud HAKCIPTA dan penerangan tentang nya. terima kasih | ISSN ialah International Standard Serial Number, manakala ISBN ialah International Standard Book Number. Hak cipta ialah perlindungan hak intelektual atau produk sesuatu institusi atau individu yang dilindungi undang-undang. | Lain-lain | 05.01.2007 |
Assalamualaikum, Saya Roslieza dari unit proceding bagi seminar antarabangsa: isu dan cabaran. Bagaimanakah untuk saya dapatkan no ISBN bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat proceding online bagi artikal yang telah dikumpulkan. "Fakulti Pengajian Islam Dakwah & Kepimpinan, UKM". | Untuk mendapatkan nombor ISBN, sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 27.05.2015 |
Saudara/saudari, Saya ingin menerbitkan sebuah buku kesihatan berkaitan dengan urologi. Setakat ini, buku itu telah dikarang, tetapi kita ingin medapatkan nombor ISBN. Dimana dan bagaimanakah nombor ini boleh didaftarkan? Terima kasih atas petunjuk saudara/saudari, Yang Ihklas, Tong | Soalan saudara kurang jelas namun saya rasa apa yang saudara mahukan ialah dimanakah boleh mendapat Nombor ISBN (International Serial Book Number). Nombor ISBN perlu dimohon kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Jalan Tun Razak dan didaftarkan dengan PNM. Tugas ini selalunya dilakukan oleh Penerbit. | Lain-lain | 13.12.2009 |
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864 | Waalaikummussalam, Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN. | Lain-lain | 28.03.2011 |