Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong. | Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol". | Tatabahasa | 15.11.2011 |
perbezaan di antara karangan dan penulisan | 1. "Karangan" mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup.Pengenalan perlu ringkas, dan mengandungi ayat tesis utama. Satu isi dalam satu perenggan. Penutup pula menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. 2. "Penulisan" ialah perihal atau kegiatan berkaitan menulis, mengarang dan sebagainya. | Istilah | 18.10.2014 |
Antara berikut, ayat manakah betul? 1) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2) Isikan tempat kosong dengan jwapan yang betul. Sekiranya ayat berikut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih:) | Ayat yang betul ialah "Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul kerana ayat tersebut merupakan sebuah arahan supaya mengisi sesuatu. | Tatabahasa | 03.04.2018 |
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera. | tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat. | Lain-lain | 21.10.2009 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. | 1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu. 2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. 3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali ___________. 2. Isi buah tembikai yang merah itu _____________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Terima kasih. | (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali _____lazat______. 2. Isi buah tembikai yang merah itu ____manis_________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Jawapan: Biasanya, jika merujuk pada "rasa" sesuatu benda/bahan, perkataan yang sesuai digunakan ialah "manis" | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Saya mahu contoh surat perletakan jawatan sebagai pembantu tadbir dalam sesebuah syarikat | Isi surat peletakan jawatan adalah seperti yang berikut : Perkara : Peletakan Jawatan Sebagai Pembantu Tadbir Isi : i. Para 1 : Nyatakan tujuan anda. Tarikh berkuatkuasa. Para 2 : Nyatakan sebab peletakan jawatan. Penutup : Ucapan terima kasih / penghargaan. | Lain-lain | 28.05.2008 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut | 1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas. 2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan. bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya. 3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |