Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong.Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol".Tatabahasa15.11.2011
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera.

tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat:

 tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):

Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.  

Lain-lain21.10.2009
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai.1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu.
2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud 
mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.  
3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP.
Tatabahasa11.06.2013
Saya mahu contoh surat perletakan jawatan sebagai pembantu tadbir dalam sesebuah syarikat

Isi surat peletakan jawatan adalah seperti yang berikut :

Perkara : Peletakan Jawatan Sebagai Pembantu Tadbir

Isi : i. Para 1 : Nyatakan tujuan anda. Tarikh berkuatkuasa.

         Para 2  : Nyatakan sebab peletakan jawatan.

Penutup :  Ucapan terima kasih / penghargaan.

Lain-lain28.05.2008
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut

1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas.

2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan.

    bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya.

3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut.

Lain-lain09.09.2009
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011
Surat rasmi kepada Pensyarah kanan universiti yang bergelar Dr. 1. Apakah gelaran yg patut digunakan untuk kata panggilan surat? Tuan / Puan @ Dr.? 2. Jika kata panggilan surat Dr. bagaimana kata panggilan di dalam isi surat.? Sekian Terima Kasih.Gelaran bagi Dr. untuk surat ialah tuan/puan termasuk dalam isi surat.Tatabahasa04.12.2009
Assalamu'alaikum. Saya ada 2 soalan iaitu: Bagaimana bentuk format baru surat rasmi, dan sekarang ni kita namakan Bm sebagai bahasa Melayu atau bahasa Malaysia

 1. Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap.

 2.Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara,Bahasa Malaysia kebiasaannya ialah subjek dan dalam akta, kebiasaannya disebut bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.

Lain-lain08.04.2009
saya ingin mencari bahan rujukan khusus untuk pengajian islam (pendidikan),harap pihak tuan dapat memberikan beberapa maklumat tentang isi judul buku tersebut: 1.Education Psychology :windows of classroom 2.An Introduction To Child Development. 3.Educational Psychology Developing Learning. 2. tolong berikan makna bg perkataan Greek 1. Psyche 2. Logos

 

Makna Psyche -n jiwa: it’s not easy to fathom the human ~, tdk mudah utk memahami jiwa manusia.

Saudara boleh merujuk di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atau pun Perpustakaan Universiti Malaya

Lain-lain15.09.2008
1234

Kembali ke atas