Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim spt pepejal, cecair atau gas dlm sesuatu bekas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jumlah ruang (dgn ukuran meter padu dll) yg ditempati oleh sesuatu bahan, cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bidang Matematik, penggunaan istilah 'isipadu' ditulis secara berasingan atau satu perkataanEjaan yang betul ialah isi padu bagi kata umum dan istilah.Ejaan14.09.2011
perkataan standard digunakan dalam KSSR. Adakah pemilihan perkataan itu betul dalam bahasa melayu?. Mengapakah perkataan itu dipilih dan adalah pemilihan itu betul dalam bahasa melayu. Mengapa?Untuk makluman, perkataan "standard" adalah betul dan telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, terdapat perkataan "standard" dan maksudnya adalah seperti yang berikut:  1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatu yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga); 4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku.Istilah21.02.2013
Tuan/Puan, saya ingin minta tolong Tuan/Puan untuk menyemak bahasa yang digunakan dalam iklan (sila rujuk kepada lampiran) tersebut. selepas itu, saya juga ingin mendapatkan pengesahan bahawa bahasa yang digunakan adalah betul dari pegawai yang berkenaan. harap Tuan/Puan boleh tolong saya. terima kasih.Bberapa pindaan perlu dibuat:
1. INI IKLAN RACUN PEROSAK.
2. BACA LABEL SEBELUM MENGGUNAKANNYA.
3. Isi padu.
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain06.03.2012
Salam Sejahtera, Saya ingin memastikan bahawa kini, perkataan "standard" boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? sebagai contoh "escalate" telah digunapakai sebagai "eskalasi". Sekiranya ya, mohon juga jelaskan maksud "standard" Terima Kasih,

Perkataan 'standard' telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, standard bermaksud, 1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatun yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll) 2. taraf (kehidupan) 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga)  4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ms. 1523. Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah mencetuskan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation ialah peningkatan, perluasan atau penambahan. 

Makna25.01.2011
betul atau tidak ejaan perkataan "disability" dalam bm adalah "disabiliti"? perkataan "standard" boleh digunakan dalam bmTiada padanan ejaan dalam bahasa Melayu bagi kata disability yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Manakala kata standard boleh digunakan yang bermaksud 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; Lain-lain07.10.2010
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011

Kembali ke atas