Adakah sesuai penggunaan isian faktor untuk mendefinisikan 'factor loading'? Terima kasih | Menurut data kami, padanan dalam bahasa Melayu untuk factor loading ialah pemberatan faktor; muatan faktor (bidang Matematik dan Geografi) dan faktor bebanan (bidang kejuruteraan). Tuan/puan boleh menggunakan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada bidang yang dipilih. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 06.07.2017 |
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”) | Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024. Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.07.2024 |
Salam 1Malaysia, Tuan, Mohon bantuan. Saya sedang menyemak perkataan inggeris "Fluid" untuk diterjemahkan kepada bahasa melayu. Melalui carian kata, ia bermaksud Bendalir. Adakah sesuai jika digunakan untuk ayat berkenaan:- "Percuma Isian Semula Bendalir Pelincir" Bantuan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "fluid" ialah bendalir. Oleh itu, istilah "bendalir" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. | Istilah | 02.10.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih. | Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi. Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya. Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku. | Tatabahasa | 05.03.2013 |