Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.lah]/[is.lah] | اصلاح

Definisi : Ar 1. usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata islah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan i) tajdid ii) islah Apakah pula maksud gabungan antara perkataan tajdid dan islah dari sudut bahasa dan keagamaan? terima kasih..

tajdid - pembaharuan (yg menurut ulama fiqah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah). 

islah - usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai.

Makna09.10.2008
Apakah makna Islahiah dan IslamiyahDalam Kamus Dewan islah bermaksud usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai, manakala Islam ialah agama yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW. Oleh itu, perkataan islahiah dan Isalmiyah merujuk sifat yang dikaitkan dengan kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa15.05.2012
salam, boleh sy tanya.. apa maksud "Felo-felo"? adakah ejaan ini tepat?Istilah yang betul islah felow, iaitu padanan daripada fellow. Istilah felow tidak perlu dijamakkan kerana felow boleh bermaksud tunggal atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Istilah24.02.2012
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih.Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama.Tatabahasa21.09.2012
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul?Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." 

Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga.


Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490.
Tatabahasa09.09.2013

Kembali ke atas