Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.la.miah] | إسلاميه

Definisi : Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam: kegiatan dakwah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata islamiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1. Apakah perbezaan dalam penggunaan antara 'islami', 'islamik', 'islamiah'? 2. Perlukah I ditulis sebagai huruf besar? Terima kasih.Tidak ada perkataan islami, manakala perkataan islamiah dieja dengan huruf kecil. Terjemahan Islamic dalam bahasa Melayu ialah Islam seperti Islamic Law - Undang-undang Islam.Ejaan27.02.2012
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5

Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit.

Lain-lain06.07.2009
ejaan sahsiah islamiah dalam jawi


 Berikut ejaan sahsiah ilmiah dalam tulisan jawi.

شخصية = sahsiah

إسلامية= islamiah

Ejaan06.11.2013
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru....

Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam.

KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah

Makna30.09.2009

Kembali ke atas