Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak Islamik | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islam | Istilah | 09.09.2013 |
Tuan, 1. Apakah perbezaan dalam penggunaan antara 'islami', 'islamik', 'islamiah'? 2. Perlukah I ditulis sebagai huruf besar? Terima kasih. | Tidak ada perkataan islami, manakala perkataan islamiah dieja dengan huruf kecil. Terjemahan Islamic dalam bahasa Melayu ialah Islam seperti Islamic Law - Undang-undang Islam. | Ejaan | 27.02.2012 |
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan. | Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.09.2011 |
Tepatkah penggunaan huruf besar / kecil untuk ayat yang bertanda " "berikut: Noni tinggal di "bandar raya Kota Bharu Islam / Islamik"? | Kota Bharu Bandar Raya Islam . | Tatabahasa | 07.03.2007 |
Assalammualaikum..dan selamat petang Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini,saya Noor Azreen Binti Jalaludin bekerja sebagai Guru di sebuah Sekolah Antrabangsa Islamik Greenview.Sukacitanya,sekira pihak DBP memberi peluang kepada murid-murid saya sekiranya terdapat pelbagai bentuk pertandingan untuk Tahap 1 dan Tahap 11 dan juga Menengah sekira mereka layak. Tujuan untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka yang belajar di sekolah swasta atau antarabangsa sekaligus meningkatkan kualiti bahasa melayu mereka di peringkat lebih tinggi. Oleh itu,besar harapan saya sekiranya ada peluang yang diberi kepada sekolah kami. Yang benar, ---------------------- (Cikgu Azreen Haji Jalaludin) TIC-BM Greenview Islamic International School Bukit Jelutong | Salam puan budiman, Penyertaan dalam pertandingan anjuran DBP Dimaklumkan bahawa, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan Festival Perkampungan Seni 2019 7 November 2019, pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya, Pertandingan Bengkel Seni Khat Jawi, Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata, Dam Bahasa dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi: Encik Dinie Asyraf bin Rodzi melalui talian telefon: 03-2147 9684 atau e-mel asyraf@dbp.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan jadual tentatif pengisian program untuk makluman pihak puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2019 |
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul? | Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam. | Tatabahasa | 01.03.2007 |
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu | Secara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2007 |
Salam, Saya Budeeman Mana, staff Maybank Islamic. Ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP untuk ejaan 'Maybank Islamic' dalam tulisan Jawi. Terima kasih. | Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), bank dieja بڠک , berdasarkan pedoman yang tersebut maka ejaan bagi Maybank dan Maybank Islamik ialah ميبڠک dan ٳسلاميک ميبڠک. Ejaan ini juga selari dengan contoh penggunaan ejaan Jawi bagi Maybank di Kelantan yang kami temukan melalui carian di Internet (Contoh dilampirkan). Mohon juga kerjasama tuan untuk menyemak penggunaan yang sebenarnya bagi negeri Kelantan. Jika ada sebarang perbincangan kami boleh dihubungi melalui talian 03-21479691/9692. | Ejaan | 26.02.2015 |
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih. | Perkataan "Pinjaman" ialah padanam daripada "loan'" yang bermaksud pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik secara ansuran. Manakala "pembiayaan" pula padanannya "financing" ialah pinjaman bukan bentuk tunai tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik. | Istilah | 07.08.2019 |