apakah beza antara penggunaan "memperisteri" dan "memperisterikan"? | Memperisteri ialah mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini. Memperisterikan pula ialah memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki). | Tatabahasa | 16.09.2008 |
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran; 3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. | Makna | 17.04.2010 |
Berikan perbezaan antara memperisteri dengan memperisterikan | Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh : Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Adakah ayat ini betul? Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri. Masalahnya, ayat ini ialah ayat majmuk, jika kita menganalisi ayat ini akan terjadi: (a) Ah Kaw ialah suami isteri. (b) Ah Moi ialah suami isteri. Ayat (a) dan (b) walaupun betul dari segi tatabahasa, tetapi tidak lojik. | Ayat majmuk Ah Kaw dan Ah Moi ialah suami isteri daripada gabungan dua ayat Ah Kaw suami dan Ah Moi isteri. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
apakah gelaran bagi isteri yang mendapat gelaran dato' seri | Isteri kepada penerima Dato' Seri dipanggil Datin Seri. | Lain-lain | 29.03.2008 |
Adakah ayat ini betul? Isteri dia tinggi dan cantik. | Ayat "isteri dia tinggi dan cantik" betul. | Tatabahasa | 03.05.2012 |
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?) | 1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan. 2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
yang mana lebih tepat, Datin Seri Rosmah Isteri Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Isteri Kepada perdana menteri? | Encik Roslan, Kedua-dua bentuk penggunaan diterima. | Lain-lain | 05.02.2010 |
1.Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT TERSEBUT? TK | Ayat "Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta." adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan. | Tatabahasa | 15.04.2012 |