Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT TERSEBUT? TKAyat "Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta." adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan.Tatabahasa15.04.2012
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran;  3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa.Tatabahasa25.01.2012
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?)1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan.
2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan.
Tatabahasa03.09.2013
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
salam sejahtera, 1.Apa panggilan yang sesuai untuk isteri cikgu ? 2.Apa panggilan yang sesuai untuk suami cikgu ? Terima kasih.Panggilan atau sapaan untuk isteri cikgu ialah Puan manakala untuk suami cikgu ialah Tuan.Makna19.06.2017
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
1. Adakah perkataan besan boleh digunakan untuk merujuk kepada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan daripada perspektif seorang datuk/nenek? contohnya dalam situasi di mana seorang datuk memperkenalkan ibu bapa kepada isteri cucunya. 2. Apakah istilah terjemahan bagi granddaughter/grandson-in-law? Menantu cucu?Maksud besan ialah hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua dengan ibu bapa sendiri. Terjemahan perkataan granddaughter-in-law ialah isteri cucu lelaki manakala terjemahan perkataan grandson-in-law ialah suami cucu perempuan.Makna25.12.2018
Salam Sejahtera, Soalan 1 : Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' yang betul yang mudah difahami serta teknik mudah untuk diajar kepada pelajar-pelajar? Soalan 2 : Penggunaan kata 'ia' sesuai untuk manusia? Soalan 3 : Fungsi dan penggunaan imbuhan 'memper...' dan 'memper...kan' yang tepat. soalan 4 : Yang manakah betul penggunaannya? a)ibu bapa, b)ibu-bapa a)suami isteri, b)suami-isteri a)sanak saudara,b) sanak-saudara a)ipar duai, b)ipar-duai Berdasarkan, kata-kata yang disenaraikan, apakah relevan dan rasional penggunaan tanda sempang bagi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu?

1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

2. Ia kata ganti nama diri ketiga (untuk manusia) dan boleh juga digunakan bagi merujuk benda yang dibicarakan.

3. Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif, manakala apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman  177.

4. Ejaan yang betul ialah ibu bapa, suami isteri, sanak saudara dan ipar-duai. Tanda sempang digunakan bagi perkataan berganda yang menunjukkan banyak/ramai.

Tatabahasa04.12.2009
definisi keluargaKeluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725.Makna22.06.2008
1234

Kembali ke atas