Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor | Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut. | Makna | 05.05.2011 |
Mohon semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan di Media Digital Majlis Daerah Tanjong Malim bagi Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah. Terima kasih | Tuan/Puan, Visual yang dilampirkan telah disemakan dan terdapat beberapa kesilapan yang perlu dibaiki, iaitu: 1. Selaraskan penggunaan huruf kecil dan besar bagi perkataan Istiadat dan Konvokesyen, iaitu Istiadat Konvokesyen ISTIADAT KONVOKESYEN 2. Betulkan kedudukan KE-16 atau Ke-16 3. Pastikan setiap perkataan mempunyai jarak 4. Lampirkan visual yang jelas dan terang NOTA: Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my. Selepas disahkan, tuan/puan boleh membawa visual tersebut kepada pihak PBT. | Lain-lain | 20.09.2018 |
Tajuk yang mana betul, 1. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81, atau 2. Istiadat Konvokesyen ke-81 UiTM Mohon pencerahan. | Frasa yang betul ialah "Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81". | Ejaan | 24.10.2014 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) ISTIADAT KONVOKESYEN KE-81 UiTM atau 2) ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-81 | Frasa yang betul ialah ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-81 | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'? | Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara). | Makna | 24.08.2017 |
assalamualaikum tuan.. bolahkah saya tahu dimana boleh saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? jika pihak tuan tidak keberatan bolehkah saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? | Saudara boleh merujuk buku The Malaysian Protokol atau hubungi/layari Pusat Dokumentasi Melayu atau hubungi Bahagian Adat Istiadat Jabatan Perdana Menteri. Di kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur juga terdapat buku-buku tentang perkara ini. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Kami ingin menerbitkan buku berkaitan alat-alat konvokesyen seperti jubah canselor, jubah graduan, cokmar dan lain-lain. Manakah tajuk yang sesuai, (1) Buku Peralatan Istiadat Konvokesyen atau (2) Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen. Terima kasih. | Judul yang lebih sesuai ialah "Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen" | Karya | 02.11.2016 |
Salam, Terima kasih atas maklum balas pihak tuan. Saya ingin minta jelaskan sama ada mempelai itu hanya merujuk kepada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang menjalani istiadat perkahwinan atau ia merujuk kepada lelaki yang sedang menjalani istiadat itu sahaja? | Mempelai ialah orang yang sedang menjalani istiadat perkahwinan, sama ada lelaki atau perempuan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, jika disebut mempelai lelaki khusus kepada lelaki. | Makna | 15.02.2016 |
Bolehkah tuan/puan menerangkan perbezaan antara 'adat istiadat' dan 'adat resam'? Adakah perbezaan itu dalam Bahasa Inggeris "customary ceremony" vs 'customary practices'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan dan resam. Manakala maksud resam menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah peraturan yang menjadi adat atau adat yang dipakai turun-temurun. Maka kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang sama. | Makna | 19.08.2016 |
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik. | Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik. | Lain-lain | 16.05.2016 |